SOKONGAN & Pertanyaan

Memerlukan data Internet di rumah?

Pakej khas Internet percuma bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) tamat. Ia termasuk inisiatif-inisiatif seperti berikut:

  1. Semua pelanggan Pascabayar dan Prabayar Celcom, Digi, Maxis, dan U Mobile akan menerima internet berkelajuan tinggi percuma 1GB sehari, untuk digunakan antara jam 8 pagi dan 6 petang, bermula 1 April 2020, dan akan berkuat kuasa sepanjang tempoh pelaksanaan PKP;

  2. YTL Communications akan menawarkan akses percuma kepada sumber-sumber pembelajaran dalam talian FrogAsia serta 40GB data percuma melalui rangkaian mudah alih YES 4G dan pemberian sehingga lima (5) kad SIM prabayar 4G secara percuma daripada YES kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak di sekolah Kerajaan; dan

  3. Selain daripada menawarkan pelan tanpa had bagi kediaman dan mudah alih, Telekom Malaysia Berhad (TM) selaku pengendali jalur lebar tetap turut menawarkan pas hotspot LTE 999GB secara percuma kepada pelanggan pascabayar unifi Mobile. Manakala, TIME dotCom Berhad menawarkan panggilan suara domestik secara percuma manakala rebat bil sebanyak RM240 diberikan kepada pelanggan yang ingin menaik taraf data jalur lebar rumah.

Untuk butiran lanjut layari:
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN): Tiada Golongan Yang Akan Tercicir

Ingin tahu kelajuan Internet sebenar anda?

Meter laju ini boleh bantu anda!

Alamat laman web ini:

https://portal.smkcheras.edu.my

Jika masih lagi memerlukan bantuan atau maklumat lanjut, sila klik butang WhatsApp (Cikgu Nurhaiza):

Pemantauan Pembekal Perkhidmatan
Bahagian ini menawarkan maklumat prestasi untuk perkhidmatan Portal ini. Melainkan dinyatakan sebaliknya, maklumat status ini dapat digunakan untuk rujukan pengguna.G Suite Status Dashboard | Trello Status | Google Analytics | PageSpeed Insights